Pipik Dian Irawati |
Jakarta: Isteri kepada Jefri Al Buchori atau Uje, Pipik Dian Irawati kecewa apabila mendapati kubur ulama selebriti itu diubah suai menyebabkan dia tidak lagi mampu berhubung ‘secara batin’ dengan arwah suaminya.
Kata Pipik, biasanya dia melepas kerinduannya terhadap Uje dengan memegang tanah di pusara berkenaan.
Namun, katanya, kini ia tidak bisa lagi melakukannya karena sudah ditutupi dengan marmar. “Saya sering duduk di tanah walaupun ia akan mea baju.
“Dengan cara itu saya boleh melakukan hubungan secara batin dan saya boleh menangis,” katanya. Dalam keadaan itu, kata Pipik, dia berasa seolah-olah dapat memeluk Uje.
“Selepas kuburnya diubah suai dan dihiasi marmar, saya cuma mampu berdiri dan melihat sekeliling.
“Terasa seperti ada kejanggalan,” katanya.
Turut sedih dengan perubahan pada kubur Uje ialah keempat-empat anak pasangan terbabit. Sebelum bergelar pendakwa, Uje, 40, pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah serta sering berfoya-foya. Dia juga pernah berlakon filem.

Dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 26 April lalu. - Agensi
MyMetro
MyMetro