Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts

GAYA RAMBUT PALING UNIK dan Terkini... (3 Gambar)

View Article
Ada tak orang yang nak cuba macam ini?


BANGUNAN BARU TERTINGGI DUNIA EDISI CHINA (12 GAMBAR)

View Article

Sky City One bakal mengalahkan Burj Khalifa sebagai bangunan pencakar langit tertinggi dunia. Bangunan ini akan mula dibina di Changsa China Jun hadapan dan akan mengambil masa hanya 7 bulan untuk disiapkan. Apabila siap kelak ia akan mempunyi ketinggian 838 meter, 5 meter lebih tinggi dari Burj Khalifa dan menelan belanja USD 628 (RM 2.1 Billion) untuk dibina. Ini adalah jauh lebih murah dari Burj Khalifa yang menelan belanja USD 1.5 Billion (RM 4.5 Billion) untuk dibina.



Apabila siap kelak bangunan 220 tingkat ini akan menempatkan 17 000 penghuni di dalam apartment, 5 pejabat dan sekolah (dengan kapasiti 4600 orang pelajar), pusat membeli belah, hotel 1000 bilik, 17 pad mendarat helikopter dan sebuah hospital. Sebanyak 104 lif berkelajuan tinggi akan dipasang dan terdapat 15 laluan kecemasan bagi memudahkan pengosongan jika berlaku kecelakaan. Ruang lantai keselusuruhan Sky City One pula ialah 1.215 Juta meter persegi iaitu bersamaan 4 kali keluasan lantai Menara Berkembar Petronas.


Pembinaan BANDAR DALAM MENARA ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan tidak selamat. Tetapi jurubinanya Bright Sustainable Building berkata ini bukannya masalah kerana mereka sudahpun membina sebuah hotel 30 tingat dalam masa 15 hari sebelum ini. 

MII PC : KOMPUTER DESKTOP BERKUASA ANDROID (13 GAMBAR)

View Article
Mii PC menghasilkan komputer mini yang diperkasakan sistem operasi Andoid Jelly Bean. Mii PC menggunakan pemproses 2 teras 1.2 GHz, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 4 GB. Aplikasi Android boleh dimuat turun secara terus dari PlayStore tanpa masa pemasangan yang perlahan seperti di dalam OS Windows. Penggunaan Mii PC juga boleh dipantau oleh ibu dan bapa menggunakan aplikasi telefon pintar. Anda boleh menghadkan masa penggunaan, akses kepada aplikasi dan juga laman sesawang. Mii PC akan dijual pada harag USD 99 (RM 300) sebuah.

SINKI MODEN UNTUK DAPUR MASA HADAPAN (9 GAMBAR)

View Article


Masalah utama dapur ialah ruang sinki yang kecil. Agak sukar untuk membasuh pinggan, kuali dan bahan yang hendak dimasak pada waktu yang sama. Rekaan semula sinki harus dilakukan bagi memudahkan multi tasking. Konsep dapur di bawah ialah konsep dapur dengan sinki pelbagai guna yang dihasilkan oleh Wu Chun Ming. Ia memenangi anugerah konsep terbaik Red Dot Award 2012. 

Model Sedang Mandi Pada Pelancaran Sony Xperia Z (6 Gambar)

View Article


Terdapat sesuatu yang menarik semasa pelancaran Sony Xperia Z di Republik Chezko. Telefon pintar yang memiliki ciri-ciri hebat seperti kalis air ini diperkenalkan kepada umum dengan cara yang cukup unik. 

Operator telefon, T-Mobile memberikan sajian terbaru dalam pelancaran Sony Xperia Z di Republik Chezko. Telefon pintar yang dikenali dengan memiliki ciri hebat seperti kalis air ini dilancarkan melalui model yang sedang mandi. 

Senjata Tercanggih Di Dunia Saat Ini

View Article




Ni dia senjata diudara yang paling mematikan di dunia. . .seperti apa kecanggihannya. .kita cek bareng yuk. .