Sky City One bakal mengalahkan Burj Khalifa sebagai bangunan pencakar langit tertinggi dunia. Bangunan ini akan mula dibina di Changsa China Jun hadapan dan akan mengambil masa hanya 7 bulan untuk disiapkan. Apabila siap kelak ia akan mempunyi ketinggian 838 meter, 5 meter lebih tinggi dari Burj Khalifa dan menelan belanja USD 628 (RM 2.1 Billion) untuk dibina. Ini adalah jauh lebih murah dari Burj Khalifa yang menelan belanja USD 1.5 Billion (RM 4.5 Billion) untuk dibina.
Apabila siap kelak bangunan 220 tingkat ini akan menempatkan 17 000 penghuni di dalam apartment, 5 pejabat dan sekolah (dengan kapasiti 4600 orang pelajar), pusat membeli belah, hotel 1000 bilik, 17 pad mendarat helikopter dan sebuah hospital. Sebanyak 104 lif berkelajuan tinggi akan dipasang dan terdapat 15 laluan kecemasan bagi memudahkan pengosongan jika berlaku kecelakaan. Ruang lantai keselusuruhan Sky City One pula ialah 1.215 Juta meter persegi iaitu bersamaan 4 kali keluasan lantai Menara Berkembar Petronas.
Pembinaan BANDAR DALAM MENARA ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan tidak selamat. Tetapi jurubinanya Bright Sustainable Building berkata ini bukannya masalah kerana mereka sudahpun membina sebuah hotel 30 tingat dalam masa 15 hari sebelum ini.