Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!
1. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut
yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati.
2. Meninggal kerana menendang peti
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya.
3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.