Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

BANDAR DI DALAM EMPANGAN GERGASI THAILAND (10 GAMBAR)

View Article

Superbowl Project ialah sebuah konsep bandar mega yang dibina di dalam sebuah empangan. Ianya dihasilkan firma Supermarine yang berpengkalan di Thailand. Superbowl Project menjadikan daerah Nakornsawan Thailand sebagai tapa projek. Kawasan ini kerap dilanda banjir kerana kewujudan dua sungai. Superbowl akan menjadi sebuah empangan gergasi yang menyimpan air sungai dan hujan ketika musim tengkujuh. Jika dibina Superbowl project akan menjadi empangan dengan lingkaran 20 kilometer dan setinggi 150 meter. Ia mampu menampung 1500 juta meter padu air pada satu satu masa. Sebuah bandar dibina secara terus ke permukaan empangan darat ini. Air yang disimpan akan menjana bekalan elektrik untuk kegunaan penduduk setempat disamping menjadi sumber air untuk petani. 


KONSEP PERKAMPUNGAN TERAPUNG DI VIETNAM (10 GAMBAR)

View Article

Firma rekaan H&P dari Vietnam memperlihatkan konsep perkampungan terapung mereka untuk kawasan banjir di Vietnam. Rumah yang diperbuat dari buluh dibina diatas kerangka besi dan tong minyak terpakai dikitar semula menjadi pelampung. Ketika banjir rumah akan terapung tetapi tidak akan hanyut kerana dipasak ke bumi menggunakan ceracak besi. Kos pembinaan setiap rumah ialah sekitar RM6000 . 

#Ok, ini sungguh cool. RM6000 jika dibandingkan dengan RM150 000 tapi retak sana retak sini.

Apa Yang Berlaku Selepas Banjir Musim Sejuk? (3 Gambar)

View Article
Kejadian ini sering berlaku di negara luar. Gabungan antara banjir kilat atau air pasang semasa musim salji menghasilkan fenomena menarik seperti di bawah. Kesian kat kita, tak pernah sentuh salji.

Kereta Terperangkap Selama 4 Bulan (3 Gambar)

View Article
Satu keadaan yang biasa berlaku di luar negara. Jika disini banjir, disana pula ais. Fair and square le katakan.

2 lemas main air banjir

View Article

Foto

Machang: Keseronokan bermain air banjir membawa padah apabila dua remaja terbunuh selepas bot yang mereka naiki bersama lima rakan terbalik di kolam ikan sedalam 2.4 meter di Kampung Pertok, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi sebelum mayat Muhammad Zulkhairi Ab Talib, 15, dan Mohammad Ariff Johan Mohd Noh, 13, ditemui kira-kira setengah jam kemudian oleh penduduk kampung.
Abang kepada Muhammad Zulkhairi, Mohd Zahari, 29, berkata sebelum itu sebaik selesai bersarapan, ibu mereka, Hanifah Mamat, 53, sudah menasihatkan adiknya supaya tidak keluar rumah.