Lisa yang menjalani pembedahan itu sepuluh tahun lalu berkata: "Saya membiarkan orang ramai berfikir bahawa saya merupakan seorang wanita yang sejati bagi tempoh yang lama.
"Namun, saya kini bersedia untuk memberitahu dunia siapakah sebenarnya diri saya. Saya ingin memberitahu dunia bahawa pondan dan transeksual bukan semuanya pelik."
Pembedahan untuk menukar jantina itu dianggap cukup sempurna sehingga tunangnya, John Ward tidak mengetahui identiti sebenar Lisa sehinggalah dia membuat pengakuan di telefon.
Tunang Lisa itu berkata: "Saya tidak dapat berkata sepatah pun perkataan selepas dia membuat pengakuan. Namun, saya menerima Lisa seadanya dan kami dalam percintaan dan akan berkahwin."
Lisa menyedari dia tidak akan menjadi lelaki sejati selepas berkenalan dengan seorang pondan.
Ketika berumur 22 tahun, dia mula mendapatkan suntikan hormon wanita iaitu estrogen dan menahan perkembangan hormon lelaki yang dikenali sebagai testosterone.