Telefon
Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Lebih kurang dua tahun yang lalu
HTC dan Facebook bekerjasama menghasilkan HTC ChaCha dan Salsa yang
dilengkapi butang khas hanya untuk melancarkan aplikasi Facebook.
Terdapat ura-ura mengatakanZuckerberg sedang bekerjasama dengan HTC
sekali lagi bagi menghasilkan telefon Facebook yang baru menjelang
pertengahan 2013. Buat masa ini tiada siapa tahu bagaimana rupa telefon
pintar ini dan sistem operasi apakah yang bakal digunakan. Ini
menyebabkan beberapa orang pereka melakukan rekaan telefon Facebook
mereka sendiri.
Blue Experience
2 ialah konsep rekaan Tolga Tuncer. Ia berbentuk kotak kerana ia juga
berfungsi sebagai telefon Instagram (yang sudah dibeli Facebook). Bila
diletakkan di atas meja Blue Experience 2 boleh dijadikan bingkai gambar
Instagram. Ia dilengkapi roda pentatal fizikal yang memudahkan anda
mentatal susur masa dan filter di dalam aplikasi Instagram. Ia juga
dilengkapi skrin sesentuh LCD 3.1". Tidak seperti telefon biasa,
mikrofon dan earphone telefoninya terletak pada bahagian belakang.
Menurut Tolga, ini adalah bagi memastikan skrin sesentuh tidak dikotori
dengan minyak apabila ia dilekapkan kepada muka pengguna ketika
menggunakan telefon. Nice idea tetapi malangnya orang zaman sekarang dah
malas dengan Facebook.