NGERI : ROLLER COASTER YANG DIREKA UNTUK MEMBUNUH PENUMPANG (3 Gambar)

Tahukah anda apa itu euthanasia? Euthanasia adalah satu proses mengambil nyawa seseorang dengan tujuan untuk menamatkan sakit dan penderitaan. Ianya juga disebut sebagai mercy killing.

Proses euthanasia yang mendapat kebenaran daripada pesakit dibenarkan menurut undang-undang di sesetengah negara, manakala yang tidak mendapat kebenaran atau secara paksaan adalah diharamkan di mana-mana negara. Terdapat beberapa cara untuk melakukan proses ini, namun satu rekaan konsep roller coaster ini dibina bertujuan untuk mematikan seseorang dalam keadaan ghairah (huh?).

'Euthanasia Coaster' yang direka oleh Julijonas Urbonas, seorang bakal pelajar PhD di Royal College of Art in London ini direka untuk mematikan seseorang di "dalam keadaan elegan dan ghairah". Roller coaster ini direka dengan kepanjangan setengah kilometer, berketinggian kira-kira 500 meter dan perjalanannya mengambil masa selama 3 minit untuk ditamatkan. 

Anda tertanya-tanya bagaimana dengan menaiki roller coaster ini mampu membunuh seseorang? Trek roller coaster ini terdiri daripada satu puncak tinggi dan tujuh gelung yang bersambung, di mana apabila dinaiki ianya akan menghasilkan daya sebanyak 10 Gs pada kelajuan 360 kilometer sejam dalam masa satu minit. Ianya akan menyebabkan otak penumpang tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana jantung tidak mampu mengepam darah melawan g-force yang terlalu tinggi. 

Tapi tahukah anda apa yang lebih menakutkan? Dalam masa 3 minit untuk menamatkan perjalanan roller coaster ini, 2 minit dihabiskan hanya untuk menaiki puncak yang tinggi tersebut sebelum menjunam ke bawah. 


Untuk masa sekarang, Euthanasia Coaster masih kekal sebagai sebuah model dan Urbonas beranggapan ianya tidak akan dibina buat masa sekarang. Rasanya ianya lebih sesuai jika digelar suicide coaster. Kalau roller coaster ini dibina satu hari nanti, terasa nak naik? 


sumber dari Discovery News

Artikel Terkait