KUBAH EKSPERIMEN MASA DEPAN MANUSIA DI ANGKASA LEPAS (16 GAMBAR)

Projek Biosphere 2 dimulakan untuk melihat sama ada manusia boleh hidup jika koloni dibina di Marikh ataupun bulan. Biosphere ialah habitat yang menempatkan kolam ikan, rumah hijau, ladang sayur-sayuran dan binatang yang kedap udara dan air. Ianya dibina oleh Space Biosphere Ventures pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991 di Pergunungan Santa Carolina, Arizona USA. Ia terdiri dari kubah-iubah berkeluasan 1900 meter persegi untuk hutan hujan, kubah 850 meter persegi untuk hidupan laut , kubah 450 meter persegi paya bakau, kubah 1300 meter persegi padang rumput savana, kubah 1400 meter persegi padang pasir dan kubah 2500 meter persegi untuk pertanian.


Pada September 1991, 8 orang saintis memasuki kubah Biosphere 2 untuk hidup tanpa bantuan luar selama dua tahun. Pada saintis ini akan cuba untuk hidup dan mengitar semula bahan kumbahan seperti ianya benar-benar sebuah koloni manusia di angkasa lepas.Sepanjang eksperiman dijalankan para saintis ini mengalami perlabagai masalah seperti kekurangan oksigen dan kekurangan bahan makanan kerana kematian sumber makanan. Selepas 2 tahun mereka akhirnya keluar pada tahun 1993. Mereka mendapati manusia masih belum mempunyai teknologi untuk membuka koloni di angkasa selepas. Pada tahun kedua eksperimen, kandungan karbon dioksida di dalam kubah meningkat kepada peratusan yang berbahaya sehingga oksigen terpaksa dipam dari luar. Sungguhpun tidak berjaya 100%, eksperimen Biosphere 2 banyak mengajar kita tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan jika kita perlu berpindah ke planet lain di masa hadapan. 

Biosphere 2 kini di bawah penjagaan Universiti Arizona dan menjadi makmal eksperimen untuk melihat kesan jangka panjang kesan rumah hijau terhadap flora dan fauna pelbagai habitat dunia. Mari belajar sesuatu!


Laporan asal Wikipedia

Artikel Terkait