PERPUSTAKAAN KECIL DIPERBUAT DARIPADA TANGKI PLASTIK (7 GAMBAR)

View Article
Jika ingin meminjam buku, antara tempat yang sering dilawati adalah perpustakaan. Namun mungkin ada juga di kalangan kita yang sedikit keberatan ingin ke perpustakaan kerana faktor jarak, selain pelbagai prosedur yang perlu dilakukan sebelum meminjam buku.


Namun satu konsep perpustakaan yang diperkenalkan di New York ini memberikan lebih kemudahan untuk orang ramai meminjam buku kerana bukan sahaja ianya mudah alih, malahan prosedurnya juga mudah. Perpustakaan kecil yang menyediakan perkhidmatan meminjam buku percuma ini diilhamkan oleh Stereotank, satu studio yang ditubuhkan oleh arkitek Marcelo Ertorteguy dan Sara Valente dari Venezuela.

Struktur perpustakaan ini diperbuat daripada tangki plastik yang diterbalikkan dan rangka kayu. Bahagian dalam tangki plastik tersebut dibina dengan rak buku di mana orang ramai boleh meminjam atau memulangkan buku yang disediakan. Satu konsep yang sangat menarik. Rasanya adakah perpustakaan sebegini sesuai untuk diaplikasikan di negara kita?

NGERI : ROLLER COASTER YANG DIREKA UNTUK MEMBUNUH PENUMPANG (3 Gambar)

View Article
Tahukah anda apa itu euthanasia? Euthanasia adalah satu proses mengambil nyawa seseorang dengan tujuan untuk menamatkan sakit dan penderitaan. Ianya juga disebut sebagai mercy killing.

Proses euthanasia yang mendapat kebenaran daripada pesakit dibenarkan menurut undang-undang di sesetengah negara, manakala yang tidak mendapat kebenaran atau secara paksaan adalah diharamkan di mana-mana negara. Terdapat beberapa cara untuk melakukan proses ini, namun satu rekaan konsep roller coaster ini dibina bertujuan untuk mematikan seseorang dalam keadaan ghairah (huh?).

Basikal Tanpa Rantai Yang Sangat Moden Dan Canggih (8 Gambar)

View Article
Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.


Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.

Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal. Why always iphone?

LUKISAN POSTER 11 PEMAIN BOLA SEPAK SEPANJANG ZAMAN (11 GAMBAR)

View Article
Jika anda diminta untuk menyenaraikan best 11 football players of all time ataupun 11 pemain bola sepak kegemaran anda, siapakah yang bakal anda pilih? Ty Palmer, seorang illustrator mempunyai senarai pemain kegemaran beliau sendiri dan ianya digambarkan melalui koleksi lukisan yang menarik ini.


Koleksi poster yang diberi nama 11 Series ini menampilkan 11 pemain kegemaran Ty Palmer yang diberi nombor 1 hingga 11, dari posisi penjaga gol hinggalah striker. Palmer yang meminati sukan bola sepak berhasrat untuk mengabadikan barisan pemain 'genius' di dalam lukisan beliau.

Setiap poster dilukis dengan warna mengikut lambang atau jersi pemain masing-masing dan stadium ikonik bagi setiap pemain digabungkan bersama sebagai latar belakang. Menampilkan pemain-pemain lama seperti Pele, George Best dan Franz Beckenbauer hinggalah yang masih bermain ketika ini seperti Cristiano Ronaldo dan Steven Gerrard. Ini adalah barisan 11 pemain sepanjang zaman kegemaran beliau

TIN AIR BERKARBONAT VERSI HELLO KITTY (6 GAMBAR)

View Article
Anda minat Hello Kitty? Di sini ada satu produk dari Hello Kitty yang mungkin agak menarik untuk anda, iaitu rekaan tin air berkarbonat Hello Kitty Strawberry Cola.


Rekaan tin air berkarbonat yang direka oleh seorang pereka bernama Taevas dari Estonia ini direka khas untuk pasaran di Latvia. Walaupun packaging bagi rekaan ini kelihatan seperti khas untuk kanak-kanak, namun ianya dipasarkan khas untuk pelanggan dewasa.