SENI MEMPERINGATI MANGSA PERANG DUNIA KEDUA (12 GAMBAR)

View Article
D-Day ialah hari dimana ratusan ribu askar bersekutu menyerang tahan besar Eropah di Normandy bagi menghalau askar Nazi Jerman. Ribuan askar dari kedua-dua belah pihak dan orang awam terkorban pada 6 Jun 1944. Bagi memperingati mereka yang terkorban Jamie Wardley dan Andy Moss, dua orang artis dari UK menghasilkan projek The Fallen 9000. Mereka menggunakan khidmat sukarelawan untuk melukis bayangan 9000 individu yang terkorban pada hari bersejarah ini. Mereka berharap hasil seni mereka ini akan dapat menunjukkan skala sebenar korban keganasan perang pada hari tersebut. 


LARIAN KASUT TINGGI UNTUK LELAKI (10 GAMBAR)

View Article
Walk A Mile In Her Shoes ialah larian tahunan yang mengumpul dana bagi meningkatkat kesedaran orang ramai tentang masalah penderaan domestik terhadap wanita. Larian ini dimulakan di California pada tahun 2001 dan kini diadakan di beberapa bandar luar negara. Di bawah ialah gambar dari larian Walk Mile In Her Shoes yang dianjurkan di Toronto Kanada. Larian tahun ini mensasarkan kutipan derma CND 125 000 (RM390 000) bagi mengajar kanak-kanak lelaki tentang masalah penderaan wanita yang mungkin berlaku keatas ibu atau saudara perempuan mereka. 


MUZIUM MUZIK DAN FIKSYEN SAINS YANG ANEH DI SEATTLE (21 GAMBAR)

View Article
Muzium EMP di Seattle ialah antara muzium yang paling aneh dari segi rekabentuk dan artifak yang disimpan didalamnya di dunia. EMP Muzium memulakan hidup sebagai Experience Music Project and Science Fiction Museum and Hall of Fame. Ia dibuka pada tahun 2000 oleh salah seorang pengasas Microsoft Paul Allen. Bentuk muzium yang berbentuk aneh ini pula direkan oleh arkitek terkenal Frank Gehry. Di dalam muzium seluas 13 000 meter persgi ini anda boleh melihat artifak Rock and Roll dari Hendrix hinggalah Nirvana. Mahu lihat gitar Jimmy Hendrixdan baju yang pernah dipakai Cobain? Silalah kesini. Terdapat juga muzium fiksyen sains yang memaparkan model Death Star Star Wars, kostum Superman dan kepala T100 Terminator. 


HELIKOPTER TEMPUR TERBARU MARIN AMERIKA SYARIKAT YANG BADASS (16 GAMBAR)

View Article
Bell AH-1 -Cobra ialah antara helikopter yang ikonik yang rupanya dikenali seluruh dunia. AH-1 digunakan oleh Tentera Darat dan Marine Amerika Syarikat sejak Perang Vietnam pada tahun 1968. Rekabentuk helikopter tempur ini sangatlah ikonik ia dijadikan asas untuk pesawat tempur/pengangkut kargoColonial Marines filem Aliens arahan James Cameron.


Bell AH-1Z Viper ialah model terkini heliopter tempur ini bagi menggantikan AH-1W Super Cobra yang sudah beroperasi sejak 1986. Penaiktarafan yang dilakukan ialah kemampuan menembak misil Hellfire dan sistem bidikan alaf baru. Sebanyak 28 Vipersudah dibina dan beroperasi sejak 2010. Setiap satu helikopter ini menelan belanja USD 31 (RM 99.7 Juta) Juta untuk dibina. 

KAPAL PENGANGKUT SIMEN KINI KAPAL MEWAH PALING KAYA (14 GAMBAR)

View Article
Bot jenis Pinisi ialah bot yang dibina oleh masyarakat Bugis untuk mengangkat kargo dan menangkap ikan. Di Indonesia sebuah bot Pinisi yang dahulunya digunakan sebagai bot kargo mengangkat simen kini sudah diubah suai menjadi sebuah kapal mewah. Kapal ini kini diberi nama Dragoon 130 dan digunakan diBali untuk kegunaan golongan elit mengadakan parti persendirian, bersantai dan juga pertunjukkan fesyen. Dragoon 130 mampu membawa 160 orang penumpang dan mempunyai 6 buah kabin. Ia turut mempunyai sebuah panggung wayang mini, kolam renang dan dek berjemur.