Muzium EMP di Seattle ialah antara muzium yang paling aneh dari segi rekabentuk dan artifak yang disimpan didalamnya di dunia. EMP Muzium memulakan hidup sebagai Experience Music Project and Science Fiction Museum and Hall of Fame. Ia dibuka pada tahun 2000 oleh salah seorang pengasas Microsoft Paul Allen. Bentuk muzium yang berbentuk aneh ini pula direkan oleh arkitek terkenal Frank Gehry. Di dalam muzium seluas 13 000 meter persgi ini anda boleh melihat artifak Rock and Roll dari Hendrix hinggalah Nirvana. Mahu lihat gitar Jimmy Hendrixdan baju yang pernah dipakai Cobain? Silalah kesini. Terdapat juga muzium fiksyen sains yang memaparkan model Death Star Star Wars, kostum Superman dan kepala T100 Terminator.
Laporan asal EMP Museum