Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

SUAMI MITHALI BELI 55 00 BAJU UNTUK ISTERI DALAM MASA 56 TAHUN! (11 GAMBAR)

View Article
Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California, beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot. 


BUNUH SUAMI, POLIS SAHKAN TAHAN PENYANYI NOURI

View Article

PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.