Showing posts with label minyak batu. Show all posts
Showing posts with label minyak batu. Show all posts

6 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Petrol

View Article
Petroleum merupakan bahan dagangan utama dunia. Maka tidak hairanlah mengapa negara-negara Arab adalah antara negara terkaya di dunia. Namun bagaimanakah Petroleum menjadi popular dan apakah cerita disebalik cecair hitam ini. My Decrescendo hari ini ingin merungkai kisah petroleum yang menarik dan misteri di sebaliknya.


Batu dan Minyak


Perkataan Petroleum berasal daripada perkataan Greek iaitu "petros" dan Latin, "oleum" yang membawa maksud "batu" dan "minyak". Sebelum "petroleum" diberi nama oleh Mineralogist German, Georg Bauer pada tahun 1556 orang ramai menyebutnya sebagai "minyak batu".