Showing posts with label Rekod Dunia. Show all posts
Showing posts with label Rekod Dunia. Show all posts

Pelagak Ngeri Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Dunia

View Article

Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.

Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.

Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia. Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang. Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai. 

Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia. Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.

Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya. Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.

Ralph, Arnab Terbesar Dan Terberat Di Dunia (4 Gambar)

View Article
Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.

Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

[VIDEO] Rekod Terpantas Sukan Renang...

View Article
Saksikan Rekod terpantas Sukan Renang Di jepun ....!!!