Showing posts with label Nur Shahila Amir Hamzah. Show all posts
Showing posts with label Nur Shahila Amir Hamzah. Show all posts

Shila Amzah : Saya Tidak Mahu Dipinang Ketika Ini !

View Article



PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini.
Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.