Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts

Penggodam Laman Web Kerajaan dikatakan seorang wanita berusia 20-an

View Article


Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.    

Jangan Mudah Percaya Dengan Iklan Di Internet (3 Gambar)

View Article
#Waspada, sebijik macam kat mudah.my.. 



Kaunter BR1M Di Johor Bharu Kecoh..

View Article


Kaunter penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi Parlimen Johor Bahru di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) , kecoh apabila diserbu oleh kira-kira 20,000 orang yang menjadi penerima fasa pertama bantuan berkenaan.


Kekecohan bermula pukul 10 pagi apabila 6,000 penerima enggan mengikut arahan beratur oleh pihak urus setia, sebaliknya terus menyerbu 10 kaunter yang disediakan di dalam stadium itu.

Bagaimanapun, kekecohan sejam itu terkawal apabila pasukan keselamatan, termasuk anggota polis bantuan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berjaya mengawal keadaan.

******************
Alahai....

Kesian , macam kebulur sangat...

Low sivik..

Ini lah reality rakyat Msia di mana mana pun dan dalam keadaan apa jua pun..


Komen penulis kenapa kerajaan tak mengunakan sistem yang lebih baek seperti bank in ke akaun atau pos cek atau baucer ke alamat penerima ?kan senang tak payah beratur dan bersesak sesak.

Hmmm.. 'woi kawan ' kalau bank in mcm mana YB BN nak buat wayang  tunjuk muka berkempen pada rakyat. sampok di member aku..

ha ha ha ha...betui betui betui..tekena aku sebijik dgn kawan aku.