Showing posts with label 12 tahun. Show all posts
Showing posts with label 12 tahun. Show all posts

Budak 12 Tahun Curi RM50 000 Milik Ibunya...

View Article


[HM] Tindakan seorang ibu berkongsi kod laluan peti besi dengan anak lelakinya berusia 12 tahun membawa padah apabila wangnya berjumlah RM50,000 disimpan dalam peti berkenaan lesap dipercayai dicuri kanak-kanak berkenaan. 

Kehilangan wang berkenaan disedari mangsa yang berusia 32 tahun apabila mendapati peti berkenaan kosong ketika membukanya di rumah mereka di Bukit Kuang jam 10.20 pagi, Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai peniaga di pusat bandar ini mengesyaki anak lelakinya, murid tahun enam sebuah sekolah rendah terbabit dengan kehilangan wang berkenaan. 

Luar Biasa! Budak 12 Tahun Sudah Menjadi ‘Doktor’?

View Article

Seorang budak 12 tahun dipercayai mampu mengubati segala penyakit yang dialami oleh semua orang. Kebolehan budak ini telah diakui oleh beberapa pesakit yang mendakwa sembuh setelah menerima rawatan daripadanya. Budak yang dikenali sebagai Muhammad Rafiq ini tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan luar biasa. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah sekiranya rawatan ini dijalankan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Selain itu, kita tidak boleh terlalu taksub sehingga menyangka budak ini penyebab sesuatu penyakit itu sembuh kerana semua ini adalah atas izin dari Allah SWT.
Latifah mengajar anaknya mengaji al-Quran setiap hari.
Latifah mengajar anaknya mengaji al-Quran setiap hari.
JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.
Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.
Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.