Hampir 12 tahun selepas melakukan rompakan disebuah kedai di Nashville, Tennasse, seorang perompak telah mengambil keputusan untuk memulangkan kembali wang yang dicurinya sebanyak $400 dan meminta maaf kepada tuan punya kedai.
Perompak yang tidak dikenali ini telah meninggalkan wang yang dicurinya dan nota meminta maaf kepada InterAsian Market & Deli pada hari Jumaat lapor News Channel 5.
Lelaki yang mengaku sebagai penagih dadah itu berkata, saya mesti membetulkan kesalahan kepada orang yang saya telah sakiti pada masa lalu, dan berharap mereka menerima wang yang dipulangkan dan permohonan maaf darinya.Perompak yang tidak dikenali ini telah meninggalkan wang yang dicurinya dan nota meminta maaf kepada InterAsian Market & Deli pada hari Jumaat lapor News Channel 5.
InterAsian Market telah menyiarkan gambar nota daripada perompak tersebut di Instagram dan Twitter.
Ini benar-benar menjadi sumber inspirasi dan mengingatkan kita bahawa terdapat banyak orang-orang baik di dunia ini. Kepada orang yang tanpa nama, kami ingin memberitahu anda telah dimaafkan dan mengucapkan terima kasih untuk nota anda. Kami tidak mengambil berat tentang wang. Kita kagum dan tersentuh oleh perbuatan anda. Kami berharap anda akan mencari kedamaian dan kemakmuran dalam kehidupan.
Somboon Wu, anak pemilik kedai tersebut memberitahu sebuah stesen WSMV bahawa dia dan bapanya fikir tindakan lelaki ini sangat mengagumkan, ini benar-benar menjdi inspirasi kepada kami dan kita perlu memberi peluang kedua kepadanya.