Saintis Korea Berjaya Cipta Kamera Tembus Pandang


Hasrat manusia ingin melihat objek yang tidak terlihat dengan mata kasar, nampaknya kini sudah menjadi kenyataan. Korea Selatan baru-baru ini berjaya membangunkan kamera tembus pandang yang dapat menerobos baik bahagian dalam baju mahupun objek di dalam kabus dan terlindung. 


Sebuah lembaga R&D di bandar Yongin, wilayah Kyeonggi Korea Selatan, baru-baru ini mempamerkan ciptaan mereka yang dinamakan MIRAE, singkatan kepada Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, iaitu sejenis kamera yang mampu mendeteksi gelombang milimeter sehingga tembus pandang.

Dalam presentasi itu, MIRAE berjaya menangkap secara tepat posisi dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap kedudukan dan garis bentuk kereta itu. 

Disamping itu, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imej nyata objek yang berada di dalam kepulan api dan asap kebakaran serta berjaya merakam imej sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju. 

Menurut lembaga tersebut, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu dalam masa tiga tahun. 

sumber: www.terorberita.blogspot.com 

Artikel Terkait

1 comments so far