Rahsia Bisnes Google....





Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan. Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah
googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.Kisah Google bermula pada tahun 1996, sebelum search engine dan teknologi pencarian menjadi bidang bisnes IT yang kompetitif seperti sekarang. Sebut sahaja tentang internet pada waktu itu, yang meniti di bibir adalah Yahoo! Dan AOL serta rangkaian servis mereka seperti emel, berita, ramalan cuaca, dan sebagainya. Sungguhpun internet adalah media yang mengandungi begitu banyak maklumat dan sentiasa berkembang, belum ada yang menyedari kepentingan servis search engine. Mencari maklumat bukanlah perkara mudah, apatah lagi untuk mendapatkan yang betul-betul relevan. Kesukarannya adalah seperti menelusuri hutan belantara. Pada waktu itu Google masih belum wujud, tetapi mereka di sebalik Google sudah memikirkan perkara itu. Pemikiran
sebegitulah yang bakal menjadi teras inovasi penting dalam teknologi pencarian dan menjadi tunjang penguasaan Google.

Artikel Terkait