Simple Guide Menambah twitter Follower yang Efektif

Salam sejahtera pembaca JenamaOnline.co.cc,


Bahang Hari raya kian terasa. Tanpa disangka kita berada dipertengahan bulan Ramadhan. Alhamdulillah…


Hari ni Mantra nak cerita sikit pasal twitter. Korang dah mula bertwitter?? cubalah bertwitter. Banyak maanfaatnya dengan twitter. Antaranya kita dapat ramai kawan online yang mana kita boleh tahu apa aktiviti yang mereka sedang lakukan. Tengah makan ke, tengah bersahur ke, tengah baca buku ke, semuanya dapat diupdate di twitter dengan satu mesej ringkas.


Contohnya si A megatakan dia baru sahaja selesai membaca isu kenaikan harga minyak di website B dan pap! anda pun klik pada website B dan terus dibawa ke paparan isu harga kenaikan minyak di website tersebut. Lihat? Betapa mudahnya membawa 1 klik ke sebuah website. Dengan hanya 1 klik. Tetapi post kali ini bukanlah Mantra ingin ceritakan tentang cara-cara meningkatkan trafik website menggunakan twitter tapi…


Cara-cara menambah twitter follower yang betul-betul mahu “bertwitter“


Macam pelik pulak bunyinya bukan? kenapa, ada ke orang bertwitter yang pada asalnya dia tidak mahu bertwitter? korang faham ke maksud ayat nih. Apa yang cuba mantra maksudkan ialah mereka(pengguna twitter) adalah “orang” dan bukanlah robot atau akaun dummy yang sengaja dicipta untuk mengumpul follower yang ramai. Tapi kenapa? korang tentu akan paham dengan penerangan simple mantra dibawah ini.


1. Tidak bergambar


Elakkan menjadi follower mereka. Ini kerana mereka tidak serius untuk bertwitter. Bagaimana mereka hendak serius bertwitter sedangkan mereka tidak mempunyai masa untuk mengupdate profilenya sendiri? faham bukan?kadang-kadang mereka ini tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang sebenar dan sibuk merekrut follower-follwernya untuk ditipu. Oh mungkin korang akan kata “tak baik bersangka buruk”. Namun ini salah satu cara kita berhati-hati dengan pengguna internet lagi-lagi pengguna twitter.




Following yang terlalu ramai(sehingga tak masuk akal) dan follower yang sedikit


Kebiasaanya mereka-mereka ini mempunyai tools istimewa seperti “auto add”. Apa yang tools ini buat ialah mereka akan follow seberapa banyak yang boleh dan tools tersebut akan unfollow semula secara automatic jika tiada tindakbalas dari user. Perkara ini telah berlaku pada zaman myspace dimana ada tools istimewa untuk menambah friends secara automatik.


3. Tweet yang terlalu kerap (e.g 1000 tweet 1 hari)


Yang ini pun diatas sebab penggunaan auto posting tool yang mana mereka setkan berapa jumlah tweet yang mereka mahu untuk 1 hari. Tidak salah kalau nak follow mereka asalkan kamu selesa dengan cara mereka bertweet.


” Are we real friends or just social media friends?”


Cara terbaik untuk follow seseorang di twitter ialah dengan memastikan mereka itu sama dan pakar dalam niche (sepatutnya lah). Namun ada juga yang hanya menggunakan twitter untuk merekrut peminat setia dan menambah kenalan di internet. Walauapa pun tujuan kamu bertwitter, mantra ada sedikit tips yang mana mungkin kamu boleh praktikkan semasa bertwitter


* Pastikan kamu mempunyai Avatar yang baik dan sesuai. Lebih baik sesuatu yang membina jenama kamu dan apabila mereka nampak saja lambang itu mereka boleh ingat bahawa itu adalah kamu (letak gambar sendiri lagi senang)
* Block Spammer yang follow kamu
* Elakkan menghantar Auto Direct Mesej. Ini mungkin akan dianggap SPAM oleh follower kamu. Mereka yang follow kamu bila-bila masa saja boleh unfollow jika mereka mahu. Seeloknya hantarkan mesej pengenalan kepada follower kamu yang baru secara manual sahaja.
* Gunakan nickname yang mudah diingat. Sama macam tadi, penjenamaan adalah penting untuk membina kredibiliti kamu.
* Jangan mengaku kamu itu Expert pada bahagian Biografi sedangkan kamu tidak tau apa-apa. Sebaiknya berlaku jujur bahawa kamu sebenarnya ditahap moderate melainkan kamu betul-betul expert.
* Elakkan menggunakan default background di twitter. Cuba dan usaha untuk mengubahnya kepada sesuatu yang menarik.


Kesimpulannya, kamu perlu tahu dengan siapa kamu berkawan di twitter. Tidak perlu add atau follow “satu dunia”. Cukuplah sekadar mereka yang serius untuk berkawan dengan kamu ditwitter dan binalah suasana social friend kamu dengan lebih efektif dan…


kenalilah mereka, ketahuilah mereka dan sayangilah mereka :)


Artikel Terkait