Tahukah anta Pertandingan Janggut Dan Misai Antarabangsa diadakan setiap tahun sejak 1990? Sudah 23 tahun lelaki bermisai dan berjanggut epik berentap di persada antarabangsa untuk menunjukkan siapakah king of epic facial hair. Tahun ini ia diadakan di New Orleans Amerika Syarikat. Di bawah ialah beberapa potret peserta tahun ini yang diambil oleh Greg Anderson. Epic!
Home
All posts
RUMAH REHAT DI ATAS PERGUNUNGAN YANG COOL (15 GAMBAR)
Refuge du Goûter ialah sebuah rumah rehat yang terletak 3835 meterdi atas Mont Blanc. Ianya dibina sebagai tempat penginapan pendaki gunung tertingi yang terletak di Banjaran Alps. Struktur ini mengambil masa 3 tahun untuk dibina dan boleh menempatkan 120 pendaki dan mempunyai keluasan 750 meter persegi. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar dan kincir udara. Bagi meminumumkan kesan terhadap alam sekitar air diguna semula dan diambil sepenuhnya dari salji yang dicairkan. Selain tempat untuk tidur Refuge du Goûter turut dilengkapi dewan makan. Rekaan berbentuk telur digunakan bagi memastikan rumah rehat ini mampu bertahan dengan tiupa angin yang mampu mencecah 300 kilometer sejam ketika musim sejuk.
BASIKAL DENGAN SISTEM SUSPENSI YANG COOL (11 GAMBAR)
Mountain Biking ialah aktiviti yang gemar lakukan di dalam Grand Theft Auto V. basikal mountain bike memang harus mempunyai sistem suspensi yang tahan lasak. Mountain Bike yang ada sekarang menggunakan sistem suspensi pneumatik yang menghadkan kuasa hentakan maksimum yang boleh diserap.Scurra, sebuah syarikat yang menghasillan mountain bike memperlihatkan Hard Enduro. Basikal ini berbeza dari mountain bike yang biasa anda lihat kerana mempunyai sistem suspensi Trelever yang menurut Scurra mampu menyerap lebih banyak kuasa hentakan. Memang nampak cool sistem suspensi basikal ini. Kalau ada duit Scurra Hard Enduro akan mula dijual Mac hadapan pada harga USD 12 000 (RM 38600) sebuah.
IBU PEJABAT NIKE DI LONDON (13 GAMBAR)
Jenama Nike sangat sinonim dengan atlet sukan dan pasukan yang bergelar juara. Michael Jordan, Manchester Uniteddan Christiano Ronaldo adalah 3 "jenama" yang sering dikaitkan dengan Nike. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa pejabat Nike? Hari ini mari kita ke ibu pejabat mereka di London. Keseluruhan dinding pejabat dihiasi dengan imej personaliti sukan yang menggunakan produk sukan Nike.
Subscribe to:
Posts (Atom)




