Home
All posts
SYILING 1 SEN BERNILAI RM7,500 (2 Gambar)
Ia hampir dileburkan ke dalam relau apabila dianggap sekeping logam tidak bernilai apabila ia telah dibuang pada tahun 1919.
Tetapi sekarang, duit syiling bernilai satu sen yang dianggap 'tak berguna' itu boleh dijual lebih daripada £ 2,500 - 600,000 kali ganda dari nilai asalnya.
Syiling tersebut yang dibuat dari campuran tembaga dan nikel dan bukannya gangsa, adalah satu-satunya yang wujud akibat kesilapan semasa proses mencetak.
Ia telah dibuang pada 1919 selepas Royal Mint di London subkontrakkan kerja tersebut untuk sebuah kilang di Kings Norton, Birmingham, kerana berdepan dengan kesibukkan membuat medal perang.
Pada masa itu, Kings Norton Metal Company telah membuat matawang British West Africa untuk kegunaan di negara-negara jajahan seperti Ghana, Nigeria, Sierra Leonne dan Gambia.
Semasa proses pembuatan, jurutera telah tersilap memasukkan bahan mentah dan ia telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.
Apabila kesilapan itu disedari, ada yang dibuang ke dalam relau dan ada sebahagian disimpan oleh jurutera.
BERATUR 10 HARI LEBIH AWAL UNTUK MENJADI ORANG PERTAMA MEMILIKI IPHONE (2 Gambar)
MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti. Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.
Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store. Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca. Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



