5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Paling Ngeri...

View Article

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.


Sekadar gambar hiasan

PERCUBAAN AWAL HIBRID KAPAL TERBANG DAN HELIKOPTER (15 GAMBAR)

View Article

Kesatuan Soviet menghasilkan Kamov Ka-22 Vintokryl (Skru Udara). Pesawat experimental ini dibina pada tahun 1959 untuk kegunaan tentera. 

Tujuan pembinaa ialah bagi memudahkan pengangkutan senjata dan tentera ke kawasan yang sukar untuk kapal terbang mendarat. Pada waktu pembinaan pesawat kargo utama Soviet ialah Antonov An 22 Cub. Vintokryl direka supaya mempunyai keupayaan setanding Cub. Empat buah Vintokryl dibina sebagai protaip dan setiap satunya diperkasakan dengan dua enjin turboprop Soloviev D-25VK 5500 kuasa kuda. Semasa penerbangan percubaan pesawat ini mengalami masalah gegaran yang kronik dan berlaku beberapa kemalangan maut akibat kegagalan sistem kipas utama. Oleh sebab itu projek ini dianggap gagal dan dihentikan pada tahun 1964.

Mancis Berkepala Kartun Yang Sangat Cute (13 Gambar)

View Article

Kokeshi Match, set kotak mancis yang dilukis watak kartun pada bahagian kepala ini dihasilkan oleh designer dari Jepun, Kumi Hirasaka.


Kokeshi adalah patung kayu traditional dari Jepun, dan Hirasaka telah melukis kokeshi pada bahagian kepala mancis dengan menggunakan tangan untuk satu pameran. Ianya mendapat sambutan hangat, dan sejak itu beliau telah menghasilkan Kokeshi Match ini secara besar-besaran dan meluaskan lagi watak kartun yang digunakan seperti ayam, khinzir, kucing dan banyak lagi.

Bilik Tidur Tergantung Yang Super OWeSOME (7 Gambar)

View Article

Di dalam sebuah apartment sempit yang hanya berkeluasan 538 kaki persegi, pemilik apartment yang terletak di Montrouge, Perancis ini meminta consultation dari ECDM Architects untuk mereka bilik tidur supaya ruang mampu dimaksimakan sebaik mungkin. Bagi ruang apartment yang sempit sebegini, penyelesaian yang dianjurkan oleh arkitek adalah dengan mereka sebuah bilik tidur yang tergantung di bahagian tengah apartment.


Bukan sahaja penyelesaian tersebut mampu memaksimakan ruang, malahan rekaan ini cukup harmoni dengan suasana di sekitar bahagian dalam apartment. Projek yang siap pada tahun 2005 yang lalu ini memang sangat kreatif dan bijak, namun pasti lebih sesuai jika langsir dipasang pada bahagian masuk bilik tidur untuk memberi sedikit privasi.

KERETA "TENAGA PERCUMA" MASA DEPAN YANG GAGAL (12 GAMBAR)

View Article

Fascination 2DR ialah antara kereta yang mempunyai cerita yang paling aneh dalam sejarah rekaan kereta. Ianya dihasilkan oleh Highway Aircraft Corp pada tahun 1969 dan diberi jolokon kereta masa hadapan keran bakal menggunakan enjin "kuasa percuma"Edwin Gray. Edwin Gray percaya beliau berjaya mencipta enjin elektrik yang mampu menghasilkan OUTPUT yang lebih tinggi dari INPUT bateri yang menguasainya dengan menggunakan teori "memecahkan atom positif". Kita umum mengetahui mengikut hukum fizik adalah mustahil menghasilkan kuasa yang lebih dari input. 


Kereta Fasciantion 2DR didakwa hanya memerlukan tenaga yang sikit tetapi mampu menghasikan 80 kuasa kuda. Ia juga didakawa akan menyelesaikan masalah pergantungan kepada petrol dan pencemaran alam. Lima buah 2Dr dihasilkan tetapi tidak satupun berjaya dilengkapi dengan enjin free energy Edwin Gray. Akhirnya kereta yang siap dibina diperkasakan dengan enjin konvensional buatan FIAT. Kelima-lima kereta ini masih lagi wujud. Sementara itu pemina teori konspirasi percaya enjin rekaan Edwin Gray masih boleh dihasilkan dan Edwin yang mati pada tahun 1989 dibunuh oleh "kongomerat syarikat minyak dunia".