Showing posts with label new york. Show all posts
Showing posts with label new york. Show all posts

TAMAN TERGANTUNG DI TENGAH-TENGAH NEW YORK (24 GAMBAR)

View Article
Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada. 

PERPUSTAKAAN KECIL DIPERBUAT DARIPADA TANGKI PLASTIK (7 GAMBAR)

View Article
Jika ingin meminjam buku, antara tempat yang sering dilawati adalah perpustakaan. Namun mungkin ada juga di kalangan kita yang sedikit keberatan ingin ke perpustakaan kerana faktor jarak, selain pelbagai prosedur yang perlu dilakukan sebelum meminjam buku.


Namun satu konsep perpustakaan yang diperkenalkan di New York ini memberikan lebih kemudahan untuk orang ramai meminjam buku kerana bukan sahaja ianya mudah alih, malahan prosedurnya juga mudah. Perpustakaan kecil yang menyediakan perkhidmatan meminjam buku percuma ini diilhamkan oleh Stereotank, satu studio yang ditubuhkan oleh arkitek Marcelo Ertorteguy dan Sara Valente dari Venezuela.

Struktur perpustakaan ini diperbuat daripada tangki plastik yang diterbalikkan dan rangka kayu. Bahagian dalam tangki plastik tersebut dibina dengan rak buku di mana orang ramai boleh meminjam atau memulangkan buku yang disediakan. Satu konsep yang sangat menarik. Rasanya adakah perpustakaan sebegini sesuai untuk diaplikasikan di negara kita?

PENJARA TERAPUNG DI NEW YORK (8 GAMBAR)

View Article

Sebuah penjara terapung sudahpun wujud di Amerika Syarikat semenjak 1992 lagi. Vernon C. Bain Correctional Center ialah sebuah penjara terapung yang terletak di Pulau Riker, New York. Ia mampu menempatkan sebanyak 800 orang banduan pada satu-satu masa. Ianya dibina denhan kos USD 166 Juta pada tahun 1992 bagi membantu menyelesaikan masalah penjara yang terlalu padat di New York. Vernon C. Bain Correctional Center mempunyai kesemua kemudahan asas termasuklah sebuah gelanggang bola keranjang.

#Bad news kalau korang seorang yang mudah mabuk laut. 

KONSEP TELEFON AWAM PINTAR NEW YORK (7 GAMBAR)

View Article

Beacon ialah salah sebuah konsep. Ia mempunyai dua skrin LCD satu dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Skrin bawah merupakan skrin sesentuh yang memaparkan antaramuka telefon ketika digunakan. Ia juga mempunyai kemampuan internet dan boleh digunakan oleh orang awam untuk mencari arah ke tempat-tempat tertentu seluruh New York. Skrin bahagian atas pula berfungsi sebagai papan iklan digital dan boleh diaktifkan untuk menjadi sistem amaran jika berlaku kecemasan. Sebagai contoh jika taufan berlaku ia akan memaparkan amaran dan menunjukkan arah ke kawasan selamat.

#Cool kan?