Showing posts with label Airbus A380. Show all posts
Showing posts with label Airbus A380. Show all posts

ENJIN PESAWAT TERBESAR DI DUNIA (13 GAMBAR)

View Article
Enjin Turbofan General Electric GE90 ialah enjin kapal terbang terbesar dan juga paling berkuasa di dunia. Enjin ini dihasilkan pada tahun 1995 untuk kegunaan pesawat Boeing 777. Diameter GE-90 ialah selebar 3.25 meter. Ini adalah lebih besar dari enjin yang digunakan pada pesawat penumpang terbesar di dunia A380 yang hanya selebar 2.95 meter! 


Pada awalnya enjin ini hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 77 000 pound (33 565 Kilogram) tetapi pada rekaan terkini enjin GE90-115B mampu menghasilkan tujahan maksimum 127 900 pound (58 014 Kilogram). Jumlah tujahan yang dihasilkan GE90-115B jauh lebih besar dari tujahan enjin Rolls Royce Trent 900 yang digunakan pada A380. Rolls Royce Trent 900 hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 84098 pound (34 146 Kilogram).

Dalam sebuah ujian yang dilakukan oleh General Electric, sebuah enjin GE90-115B dipasang pada pesawat ujian Boeing 747. Dari gambar di bawah anda boleh lihat perbezaan saiz GE90 berbanding saiz enjin yang biasa digunakan pada pesawat 747. General Electric mendapati sebuah enjin GE90-115B boleh digunakan untuk menerbangkan pesawat ujian 747 mereka! 

KINI ANDA BOLEH MENGHISAP SHISHA DI DALAM PESAWAT EMIRATES

View Article

Jun hadapan syarikat penerbangan Emirates Airlines akan membuka ruang menghisap Shisha di atas pesawat Airbus A380 milik mereka. Ruang menghisap shisha ini dibuka hanya untuk penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan. Menurut laporan media, buat masa ini ruang shisha ini akan diperkenalkan untuk laluan udara ke Dubai terlebih dahulu dan sekiranya mendapat sambutan akan diperkenalkan pada laluan udara yang lain. Penumpang boleh menempah perisa shisah sebelum menaiki pesawat dan ruang shisha akan dibuka selepas penumpang makan. Idea membuka ruang menghisap shisha ini diterima oleh Emirates selepas ada penumpang timur tengah berkata mereka mahu menghisap shisha di dalam kapal terbang. Ianya semestinya perkhidmatan yang unik hanya Emirates Airlines. 



Laporan asal PSFK